Friday, July 11, 2014

Taubat dan Doa

Ketika jiwa merasa kesal, dan kecewa... Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.. Ketika harapan, dirasakan tiada lagi..
***************************
Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan.. Bila-bila masa sahaja, siapa saja insan itu, dimana saja dia berada.. Bangsa apa dia, keturunan apa dia.. Siapa ibu bapanya, siapa sahaja datuk neneknya.. Jika dia ingin berhubung dengan Allah SWT, atau kembali kepada Allah.. Maka tidak pernah ada halangan..
***************************
“Beritahu kepada hamba-hambaKu,katakanlah wahai hamba-hamba Allah, yang mana mereka itu kecewa terhadap diri mereka (dosa dia banyak, dia frust)..
Dia rasa, dia jumpa orang, orang akan kata.. “ohh, kau nie, Tuhan tak ampun dosa orang macam kau nie..” Jumpa pula orang nie kata.. “Tuhan tak ampun kau nie..” Allah kata: ‘Beritahu hamba-hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka.. Jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah.. Jangan mereka kecewa dengan rahmat Allah.. Allah mengampunkan segala dosa..’
Nabi kata: Siapa yang menyatakan lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini.. Semuanya jenis kaki dosa, jahanam dia.. Nabi kata, dialah orang yang paling binasa.. Sebab dia tidak memberikan  nilai rahmat Allah kepada orang..
*****************************
Ketika diri tiada tempat untuk meluah.. Melepaskan segala resah yang ada di jiwa..
Nabi kata : “Sesiapa yang tutup aib orang muslim, Allah tutup aib dia dunia dan akhirat.. Termasuk muslim itu, diri dia sendiri..” Islam suruh tutup (keaiban diri), Islam suruh manusia baiki diri, bila-bila masa sahaja.. Islam tak suruh kita pergi buat pengakuan, untuk ceritakan keaiban kita.. Kita minta ampun pada Allah.. Pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang.. Untuk Dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam.. Dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam, untuk Dia ampunkan orang yang berbuat dosa pada waktu siang.. 
Usah berputus asa dengan rahmat Allah, teruskan perbaiki diri..
Islam, seluas luas pintu.. di dalam ajaran Islam, adalah pintu Taubat.. Allah menyatakan : Wahai hamba hambaKu, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit.. Kemudian engkau istighfar, engkau pohon keampunan daripadaKu, Aku ampunkan engkau.. Aku tidak peduli.. HambaKu itu tau dia ada Tuhan yang boleh ampunkan dosanya.. Dan boleh bertindak padanya.. Aku ampun dia’ , kata Allah..
Selagi mana kita ikhlas, kita tak berniat pun nak tipu, kita memang nak taubat betul betul.. Allah ampunkan kita.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang..
****************************
Apabila orang nak balik pada Allah, Allah tak pernah tanya.. ‘Ayah kau siapa? Mak kau siapa? Datuk kau dulu siapa?’ Abu Jahal perang Nabi, memerangi Nabi, anaknya Ikrimah masuk Islam.. Sahabat Nabi, dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi.. Manusia yang tampil menentang Nabi, lagi Allah terima taubat dia.. Inikan pula manusia jalanan, walaupun kita kata benda tu tak baik, dia berzina, dia minum arak.. Tapi kalau dia nak balik kepada Islam.. Tidak pernah ada halangan antara dia dengan Allah, sama sekali tidak ada.. Hanya kepadaNya kita sembah, hanya kepadaNya kita memohon..
‘Dan apabila hamba hambaKu bertanya engkau tentangKu wahai Muhammad,maka sesungguhnya Aku dekat.. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaku.. Hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan beriman kepadaKu.. mudah mudahan mereka mendapat petunjuk..’ (Surah Al Baqarah, 186)                                                                                                                                                                 Semua doa menjelma, melainkan hamba itu berdoa tidak bersungguh sungguh.. Kita seringkali terlupa, bahawa Allah lebih tahu, apa yang kita perlukan.. Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, Dia memperkenankan dalam pelbagai rupa..

Teruskan mengharap dengan Allah, yakinlah dengan Allah.. Dan bersyukurlah wahai diri.. Selagi nyawa dikandung badan.. Peluang untuk kembali kepada Allah, tidak pernah tertutup..
                                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment