Friday, July 11, 2014

Hijrah kepada yang lebih baik..

Kepada anda-anda yang ingin berubah.. Yakinlah, tiada jalan yang mudah.. Dan yakinlah jua, penghujung jalannya amatlah indahh.. Pabila hendak berubah, perlunya hijrah… Dan dalam soal berhijrah, perlunya kepada bi’ah yang soleh..
Usah bersama mereka yang suka menjatuhkan.. Usah dihiraukan mereka yang kononnya sahabat sejati.. Biarkanlah mereka, jangan dipeduli.. Kembalilah kepada Allah, kerana Allah jualah Yang Maha Mencukupkan.. Akan diganti mereka-mereka, dengan hamba-hambaNya yang mencintaiNya, dan mencintaimu keranaNya.. Pada tika itu, kenapa perlu bersedih lagi? ^^

******************
Ana yakin perkara ini boleh diguna pakai buat semua, keraan Sunnatullah itu sentiasa benar.. Rasulullah SAW yang pada mulanya disenangi ramai, dibenci tika berubah dengan datangnya Islam.. Begitu jua dengan para Sahabat, yang berubah pabila mengucap dua kalimah Syahadah.. Kerana sejarah, tidak pernah menipu..

********************
andai kita diuji, jangan mengeluh dan jangan pertikai kerana kita ni hamba. selagi tak diuji, tidak sempurna imannya.
Tak semua orang yang baru nak berjalan menuju Tuhan itu jalannya indah..

Berubah itu memang payah dan untuk tetap memang perlu mujahadah. Tapi ingat, ganjaran syurga itu indah, sayang.. ^^

No comments:

Post a Comment