Sunday, July 6, 2014

Aku ingin berubah, tapi.....

Setiap insan mempunyai keinginan untuk berubah.. Berubah kepada yang lebih baik.. Kerana sifat ingin berubah itu, ialah fitrah dalam setiap diri manusia.. Mungkin, ada yang hendak berubah.. Tapi banyak halangannya..

Sebagai contoh, dia dituduh hipokrit. Keluarga yang menentang. Kadang kala di ejek oleh rakan-rakannya sendiri. Dan pelbagai halangan lain. Tetapi, ketahuilah bahawa jika kita mahu berubah, ikhlas kerana Allah, beranikanlah diri untuk berubah.. Kerana kita akan menjadi orang yang beruntung seperti hadis ini..

“Barang siapa yang hari ini, dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung.. Barang siapa yang hari ini, dia sama seperti semalam, maka dia dari kalnagn yang rugi.” (Riwayat Al-bukhari dan Muslim)


Oleh itu, marilah kita sama sama berubah. Kita mulakan dengan diri sendiri, bersegera dalam berubah. Berubahlah secara berperingkat.. Dan akhir sekali, IKHLAS kerana Allah.. Dan ingatlah, bahawa TIADA istilah ‘saya dah cukup baik.’

No comments:

Post a Comment