Ketika jiwa merasa
kesal, dan kecewa... Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.. Ketika harapan,
dirasakan tiada lagi..
***************************
Islam tidak pernah
meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan.. Bila-bila masa sahaja,
siapa saja insan itu, dimana saja dia berada.. Bangsa apa dia, keturunan apa
dia.. Siapa ibu bapanya, siapa sahaja datuk neneknya.. Jika dia ingin berhubung
dengan Allah SWT, atau kembali kepada Allah.. Maka tidak pernah ada halangan..
***************************
“Beritahu kepada
hamba-hambaKu,katakanlah wahai hamba-hamba Allah, yang mana mereka itu kecewa
terhadap diri mereka (dosa dia banyak, dia frust)..
Dia rasa, dia jumpa
orang, orang akan kata.. “ohh, kau nie, Tuhan tak ampun dosa orang macam kau
nie..” Jumpa pula orang nie kata.. “Tuhan tak ampun kau nie..” Allah kata:
‘Beritahu hamba-hambaku yang mereka itu telah kecewa terhadap diri mereka..
Jangan mereka putus asa dengan rahmat Allah.. Jangan mereka kecewa dengan
rahmat Allah.. Allah mengampunkan segala dosa..’
Nabi kata: Siapa yang
menyatakan lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini.. Semuanya jenis
kaki dosa, jahanam dia.. Nabi kata, dialah orang yang paling binasa.. Sebab dia
tidak memberikan nilai rahmat Allah
kepada orang..
*****************************
Ketika diri tiada
tempat untuk meluah.. Melepaskan segala resah yang ada di jiwa..
Nabi kata : “Sesiapa
yang tutup aib orang muslim, Allah tutup aib dia dunia dan akhirat.. Termasuk
muslim itu, diri dia sendiri..” Islam suruh tutup (keaiban diri), Islam suruh
manusia baiki diri, bila-bila masa sahaja.. Islam tak suruh kita pergi buat
pengakuan, untuk ceritakan keaiban kita.. Kita minta ampun pada Allah.. Pintu
keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang.. Untuk Dia
mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam.. Dan Dia buka pintu keampunan
pada waktu malam, untuk Dia ampunkan orang yang berbuat dosa pada waktu
siang..
Usah berputus asa dengan rahmat
Allah, teruskan perbaiki diri..
Islam, seluas luas
pintu.. di dalam ajaran Islam, adalah pintu Taubat.. Allah menyatakan : Wahai
hamba hambaKu, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga
ke langit.. Kemudian engkau istighfar, engkau pohon keampunan daripadaKu, Aku
ampunkan engkau.. Aku tidak peduli.. HambaKu itu tau dia ada Tuhan yang boleh
ampunkan dosanya.. Dan boleh bertindak padanya.. Aku ampun dia’ , kata Allah..
Selagi mana kita
ikhlas, kita tak berniat pun nak tipu, kita memang nak taubat betul betul..
Allah ampunkan kita.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang..
****************************
Apabila orang nak
balik pada Allah, Allah tak pernah tanya.. ‘Ayah kau siapa? Mak kau siapa?
Datuk kau dulu siapa?’ Abu Jahal perang Nabi, memerangi Nabi, anaknya Ikrimah
masuk Islam.. Sahabat Nabi, dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan
Nabi.. Manusia yang tampil menentang Nabi, lagi Allah terima taubat dia..
Inikan pula manusia jalanan, walaupun kita kata benda tu tak baik, dia berzina,
dia minum arak.. Tapi kalau dia nak balik kepada Islam.. Tidak pernah ada
halangan antara dia dengan Allah, sama sekali tidak ada.. Hanya kepadaNya kita
sembah, hanya kepadaNya kita memohon..
‘Dan apabila hamba hambaKu
bertanya engkau tentangKu wahai Muhammad,maka sesungguhnya Aku dekat.. Aku
kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaku.. Hendaklah mereka menyahut
seruanKu, dan beriman kepadaKu.. mudah mudahan mereka mendapat petunjuk..’
(Surah Al Baqarah, 186) Semua
doa menjelma, melainkan hamba itu berdoa tidak bersungguh sungguh.. Kita
seringkali terlupa, bahawa Allah lebih tahu, apa yang kita perlukan.. Cuma
apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, Dia memperkenankan dalam pelbagai
rupa..
Teruskan mengharap
dengan Allah, yakinlah dengan Allah.. Dan bersyukurlah wahai diri.. Selagi
nyawa dikandung badan.. Peluang untuk kembali kepada Allah, tidak pernah
tertutup..